Rabu, 25 Mei 2011

Bab 1

Entah mengapa, perasaan aku berdebar-debar sejak dari semalam. Sepanjang malam, aku tidak dapat melelapkan mata. Risau sungguh hati aku. Pagi tadi, semasa aku menelefon ibu, kusuarakan kerisauanku. Takut kalau-kalau ada adik-beradik atau sanak-saudara mengalami kemalangan. Namun, kata ibu, keadaan di kampung biasa sahaja. Tiada sebarang perkara buruk berlaku di kalangan saudara aku.
            Sehinggalah jam 3 petang tadi, ketika aku di restoran Auntie Salma, tempat aku bekerja untuk mendapatkan wang sampingan.


Scritt....
            Fuh...nasib baik mamat ni sempat berhenti. Kalau tidak, ICU lah jawabnya, tak pun batu dua. Ya Allah, minta jauhkan.
            Mamat berkereta Nissan Skyline GT-R itu segera ke arahku. Masam wajahnya.
            “Are you crazy? Apa yang you buat tadi? Berdiri kat tengah-tengah jalan, depang kedua-dua tangan you, nak bunuh diri ke? Kot iyapun, jangan nak libatkan nama I sekali.” Merah padam muka mamat ni aku tengok. Cuba menahan marah agaknya.
            “Mmm...,” aku cuba meminta maaf dari dirinya. Namun, belum sempat aku bersuara, mamat tersebut lebih pantas mengeluarkan suara garaunya.
            “Kalau I terlanggar you tadi, macam mana? I kena jawab dengan polis, tau. Hei, cuba fikir panjang sikitlah.”
            ‘Alamak, mamat ni semakin marah. Macam mana ni?’
            “Otak you letak di mana? Kepala lutut ke, sampai tak boleh fikir keselamatan orang lain. Fikir panjang, boleh tak?”
            “Saya..., saya..” Aku tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf. Melihatkan wajah yang sedia masam itu, membuatkan hati aku gerun.
            “Saya, saya. Apa yang you nak cakap?” Belum sempat aku menerangkan duduk perkara sebenar, sekali lagi mamat itu mencelah. “Kenapa? Dah lama hidup di muka bumi ni, sampai nak bunuh diri?”
            “Tak, bukan macam tu.” Pantas aku menggelengkan kepalaku. Namun,
            “Habis tu? Drama Hindustan apa pula you nak buat tadi?”
            Wajah mamat yang sememangnya berkulit cerah itu kelihatan merah sekali. Aku hanya mampu menundukkan kepala, tidak berani memandang wajah singa itu. Hilang segala apa yang ingin aku perkatakan kepada dia. Serasa-rasa aku, kalau aku melihat wajahku sendiri di cermin, pasti merah menahan malu sekarang ini.
            Akhirnya, hampir sepuluh minit aku terpaksa menadah telinga. Sudahlah dekat tepi jalan, orang yang lalu lalang pandang semacam je. Malu aku. Sakit hati pun ada, mamat ni tidak mahu langsung mendengar apa yang aku nak cakap.
            ‘Huh, rasa-rasanya, mamat ni kalau berleter, mesti ibu aku pun kalah. Blah la cepat, aku pun tak ingin tengok muka engkau. Menyampah, tengok cara jalan pun dah tau, kerek. Harap muka saja handsome, tapi...’
            Alamak, aku lupa.
            “Encik..., encik, sebentar.” Pantas aku mengejar mamat tadi. Nasib baik dia belum masuk dalam kereta.
            “Hah, you nak apa lagi?” Wajahnya masih mencuka. Marah lagi agaknya.
            “Ni, your wallet. Encik tertinggal di kaunter.” Aku segera hulurkan dompetnya.
            Wajahnya agak terkejut. Mungkin tidak menyangka dompetnya keciciran. Dompet yang kuhulurkan, tidak segera diambil. Matanya memandang tepat ke wajahku.
            Kaget aku seketika dipandang lelaki kacak itu. Debaran yang masih terasa, semakin kuat memukul dada. Ya Allah, adakah ini petandaMu?
            “Ehem...ni, tak nak ke?” Aku cuba membuang perasaan itu.
            Pantas, dompet itu diraihnya.
            “Cubalah check dulu. Takut ada apa-apa yang hilang.” Macam orang bodoh, mamat itu ikut aje apa yang aku cakap. Setelah selesai meneliti isi dompetnya, dia menggelengkan kepala, tanda kesemua hartanya masih ada.
            Aku hanya tersenyum. Puas hati, taklah kena tuduh mencuri. Ingin segera berlalu, tetapi teringatkan peristiwa sebentar tadi, spontan aku menoleh ke arahnya.
            “Pasal tadi, maaf yea. Saya cuba kejar encik tadi, nak pulangkan dompet tu, tapi tak sempat nak tahan. Tak tahulah apa yang saya fikirkan, pakai main tahan kereta encik macam tu aja.” Aku tak berani memandang wajahnya, hanya menunduk.
            “Minta maaf, tau,” aku mengangkat wajah, tersenyum memandang raut wajah kacak itu.
            Aku segera membuka langkah, ingin meninggalkan tempat tersebut, tetapi, tangan lelaki ini lebih pantas.
            “Emm... I’m sorry because marahkan you tak tentu pasal, Miss...?”
            “Err...Mimiey.” Malunya, dia pegang tangan aku tadi. Panas aja muka aku rasa, mesti merah padam dah muka aku ni.
            Wajah mamat kerek itu tersenyum. Wow, handsomenya. Tergoda aku.
            “Well, I’m Dzul. Iskandar Dzul-qarnaen.” Tangannya dihulur, tanda mahu bersalam. Pantas sekali tangan aku menyambutnya, maklumlah lelaki kacak.
            “What if, I belanja you makan?”
            “Makan?! Kenapa?” Terkejut aku mendengar pelawaannya.
            Wajah mamat itu masih tak lekang dengan senyuman. “Well, first, because I marahkan you tadi, without listening to your explanation. I’m very sorry about that. Then, because you returned back my wallet. A big thanks to you.
            “Oh...takpelah. Saya tengah kerja sekarang ni,” aku cuba menolak pelawaan itu dengan lembut. Risau juga kalau-kalau dia terasa hati dengan aku.
            “Ooo, sorry, not now. I pun ada hal sekarang ni. Why don’t you just give your phone number, nanti bila-bila I call you. Then, when you have a time, we go out together. That time, I belanja you makan.”
            ‘Malunya aku. Ingatkan dia nak ajak aku keluar sekarang. Mm, nak bagi ke tak nombor telefon. Bagi ajalah.’
            Tak tahulah apa yang ada di fikiran aku, senang saja aku bagi nombor telefon aku pada dia. Selalunya, aku bukan jenis senang nak bagi nombor telefon pada orang. Tambah-tambah lagi orang yang aku tak kenal. Bodohnya aku!!!



“Are you okay, Mimiey?” Auntie Salma merenung wajahku. Mungkin dia nampak aku dimarahi lelaki bernama Dzul tadi.
            “Tak ada apa-apa, Auntie. Mimiey okay, aje,” jawabku perlahan. Wajah Auntie Salma segera kupandang, sambil melemparkan senyuman. Kakiku bergerak ke dapur, melihat kalau-kalau ada makanan yang perlu dihantar kepada pelanggan.
            Baru aku membuka langkah, suara Auntie Salma kedengaran sekali lagi.
            “Auntie minta maaf, Mimiey. Kalau Auntie tak suruh Mimiey pergi pulangkan dompet dia, mesti Mimiey tak kena marah.” Wajah bersalah Auntie Salma segera kupandang.
            “Ala, Auntie. Bukannya dia pukul Mimiey, pun. Dia membebel aja,” ujarku sambil tersenyum. Tangan Auntie Salma kuraih, lalu berkata, “Lagipun salah Mimiey, kan. Kalau Mimiey tak pergi tahan kereta dia kat tengah-tengah jalan macam tu, taklah kena marah. Betul tak, Auntie?”
            “Ya Allah, Mimiey. Auntie takut sangat tadi. Kenapalah kamu buat macam tu? Kalau kena langgar macam mana? Apa Auntie nak jawab pada ibu kamu?”
            “Auntie pun nak jadi macam mamat tadi, ye. Takpela, Auntie. Dah lepas pun. Dia pun minta maaf pada Mimiey sebab marahkan Mimiey tak tentu pasal. Tapi, Mimiey tak salahkan dia. Memang sah-sah Mimiey yang salah, Auntie.”
            “Mimiey jangan buat macam tu lagi, tau.” Keras suara Auntie Salma.
           

Sudah tiga bulan aku bekerja di restoran Auntie Salma. Pelbagai ragam pelanggan yang aku hadapi. Kena marah sebab makanan lambat dimasak. Yang nak menggatal pun ada. Namun, bagiku, itu adalah cabaran untuk aku terus berusaha di muka bumi Allah S.W.T.
            Dengan bayaran RM 5.00 sejam, dapatlah aku wang tambahan untuk membeli barangan keperluan aku sebagai pelajar diploma di UiTM, Shah Alam. Walaupun mendapat wang PTPTN, namun duit pinjaman itu sebenarnya banyak digunakan untuk membantu ayah dan ibu di kampung. Keluarga aku bukannya orang senang. Dengan wang pencen ayah sebanyak RM 500 sebulan, manalah cukup untuk menampung keluarga aku yang seramai 10 orang itu.
            Walaupun kehidupan kami sekeluarga susah, aku bersyukur kerana ibu bapa aku tidak pernah menyekat keinginan kami untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Malah, ketika aku dapat melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, ayah sanggup mengeluarkan wang simpanannya di Tabung Haji, semata-mata untuk membeli barangan keperluan aku.
            Masih kuingat kata-kata ayah, ‘ Mimiey, apalah yang kita ada selain ilmu. Kalau kamu tidak mahu belajar, kamu tidak akan punyai apa-apa di dunia ini. Ayah tak kisah ilmu apa yang dicari, asalkan ilmu itu digunakan untuk ke jalan Allah S.W.T. Mimiey, ilmu, itulah harta yang paling bernilai dalam diri seseorang.’
            Teringatkan ayah, semangat aku kembali berkobar-kobar. Demi keluarga aku, biar sesusah mana sekalipun aku sehingga terpaksa membuat kerja sampingan, aku tak kisah. Itulah jalan hidupku yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Aku pasrah menerima segala ketentuan-Nya. Namun, aku sentiasa berdoa agar nasibku tidak selama-lamanya begini.

Tiada ulasan: