Ahad, 11 Disember 2011



Lirik Lagu Kasanova – Stacy

Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tidak mati dipijak
Lemah lembut bicara..

Semakin kubuka hati
Semakin buka mata..
Dia berselindung untuk
Mengaburi langkahnya

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu

Mula mula kubenar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya…

Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya
Jahatnya suka suka…

Ditawan dengan kasanova
sumandak digoda kasanova

Dahulunya aku permaisuri
Bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah
Banyak lagi yang lain
Ohh…ohh…

Sia sia aku setia
Rupa rupanya harapan hancur
Cukup sampai sini saja
Percayakan romeo..oh..oh…

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu

Mula mula kubenar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya….

Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya…
Jahatnya suka suka…

Ditawan dengan kasanova
sumandak digoda kasanova

Kini ku tak mahu
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu

Mula mula kubenar
Benar nak bercinta
Dengan iya iya…

Tapi lama-lama
Belangnya keluar
Rupa rupanya…
Jahatnya suka suka…

Ditawan dengan kasanova
sumandak digoda kasanova

Ahad, 21 Ogos 2011

BAB 6


‘Thanz 4 spending your precious time wif me 2nite. I really appreciate dat.’

Mesej yang diterima dari Dzul diulang baca. Malam itu sukar sungguh aku melelapkan mata.
            ‘Apa yang patut aku lakukan? Patutkah aku terus berkawan dengan lelaki bernama Dzul itu? Patutkah aku memberitahu Ana dan Auntie Salma? Malunya aku kalau mereka tahu pasal tadi. Ya Allah, berikanlah petunjukMu.’
            Jam di dinding berdenting sebanyak empat kali. Bermakna hampir empat jam peristiwa itu berlaku. Puas aku cuba memejamkan mata, cuba memadam ingatan terhadap perkara itu, namun semakin jelas ia tergambar di benakku.


Aku memandang wajah Dzul yang tenang memandu di sebelah. Kami baru pulang dari Mid Valley, aku sekadar menemaninya mencari hadiah untuk temannya yang akan menyambut hari lahir pada keesokan hari. Jelas Dzul, Rita merupakan temannya sejak dari kecil lagi, yang juga merupakan anak kepada kawan ayahnya. Padanya, Rita merupakan kawan akrabnya. Apabila mempunyai masalah, Ritalah orang pertama yang dicarinya.
Penat meronda satu Mid Valley, akhirnya dia memilih untuk menghadiahkan sebuah jam tangan berjenama Rolex. Menurut Dzul, sudah lama Rita mengidam-idamkan jam tersebut.
Apabila keretanya sudah memasuki kawasan rumahku, segera aku meminta Dzul menghantar aku jauh sedikit dari rumahku. Bimbang dilihat jiran-jiran, maklumlah sudah hampir tengah malam. Apa pula kata mereka kalau nampak aku balik tengah malam dengan lelaki. Dzul hanya menurut kataku. Keretanya diparkir di hujung jalan. Hanya selang beberapa buah rumah sahaja tempat itu dari rumahku, jadi tidaklah aku terlalu risau untuk berjalan kaki ke rumah.
Segera aku mengucapkan terima kasih kepada Dzul kerana sudi mengajak aku keluar. Lagipun, ini kali kedua dia belanja aku makan. Walaupun hanya menikmati hidangan KFC sebagai makan malam, itu sudah cukup bagiku.  Jarang sekali aku menikmati hidangan KFC, padaku agak mahal sedikit harganya. Lebih baik aku beli ayam dan goreng sendiri di rumah.
Namun, belum sempat aku membuka pintu kereta, Dzul menarik tanganku. Kaget seketika, namun perasaan itu segera hilang apabila tangan kanannya mengelus lembut pelipisku. Terpesona dengan caranya, aku hanya membiarkan sahaja tindakan itu. Melihatkan kepada reaksi positifku, pantas tangannya beralih memainkan rambutku yang sedikit ikal itu.
Agak lama kami bertentangan mata. Aku yang sedikit teruja dengan tindakan itu, hanya tersenyum dan membiarkan sahaja setiap tindakan Dzul. Apabila tanganku dielus lembut, perasaanku jadi tidak menentu. Lembut sekali elusannya, membuatkan aku bertambah asyik dengan perbuatan itu. Leka sekali, sehingga aku tidak sedar langsung tanganku sudah di bawa ke bibirnya. Aku hanya merelakan segala perbuatannya, entahlah, aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku tatkala itu.
Setelah puas dia mengucup tanganku, bibirku pula dicari. Aku yang pertama kali menikmati kucupan itu, terasa sedikit teruja. Aku bijak memainkan perananku. Kucupan bibirnya kubalas. Walaupun pertama kali, aku seolah-olah sudah terbiasa dengan perkara itu. Setelah agak lama kami berkucupan mesra, kali ini, bibirnya singgah pula ke telingaku.
Bahagian atas telingaku dikucup lembut sebelum digigit perlahan. Aku yang sedikit kegelian, menolak lembut ciuman itu. Dzul hanya tersenyum, sebelum bibirnya beralih ke leherku pula. Kemudian, sekali lagi bibirnya kembali mengucup bibir atasku.
Saat itu juga, jari-jemari Dzul memainkan rambutku di sekitar leherku. Perbuatan itu tidak berakhir di situ sahaja. Dengan menggunakan hujung jari-jarinya, leherku dielus sehingga membuatkan aku menggeliat kegelian. Bibirnya dialih pula ke leherku, lalu dikucup dan dicium di sekitar leherku. Aku menikmati perasaan yang luar biasa kala itu.
Melihat aku yang tidak langsung menolak segala tindakannya, kali ini Dzul bertindak lebih jauh. Kedua-dua tangannya memeluk erat pinggangku sebelum bibir yang tadinya mencium leherku beralih ke telinga kiriku. Hembusan nafas yang kuat di telingaku, kembali menyedarkan aku ke alam nyata.
Ya ALLAH, apa yang sedang aku lakukan. Saat itu, sekuat tenaga aku menolak tubuh Dzul. Wajahnya kupandang seketika sebelum hayunan tangan kananku tepat mengena pipi kirinya. Kuat sekali sehingga membuatkan Dzul tertoleh. Kulihat tangan Dzul memegang pipi sebelum menoleh, dan memandang wajahku.
Dia kelihatan terpinga, terkejut dengan aksi spontanku. Mungkin pelik, tadi aku menerima sahaja segala perbuatannya, namun, sepantas itu juga aku menolaknya.
“Mimiey, what’s wrong with you?” Jelas nada suara Dzul sedikit kasar. Marah barangkali ditampar. Mungkin ini kali pertama dia ditampar oleh perempuan.
Aku yang sudah tidak mampu untuk bersuara, segera keluar dari kereta. Airmata yang tak dapat dibendung, mengalir jua ke pipi. Lantas, aku berlari ke rumah. Risau Dzul melakukan perkara-perkara di luar batasan lagi. Sebelum aku menutup pintu rumah, kelihatan kereta Dzul berhenti di hadapan pagar rumah. Segera aku mendaki tangga untuk ke bilikku, dan terus ke bilik air.


Jam yang kuat berdenting, menyedarkan aku kembali ke alam nyata. Sekilas memandang jam yang tergantung di dinding, sudah jam lima pagi rupanya. Memandangkan aku masih tak dapat melelapkan mata, segera aku ke bilik air.
            Untuk menenangkan keresahan jiwa, aku membaca Al-Quran sementara menunggu azan Subuh. Sebelum itu, kutunaikan solat sunat Taubat terlebih dahulu, menginsafi kejadian yang menimpa aku malam tadi. Sesungguhnya, syaitan itu berada di mana-mana sahaja.
            Lewat pagi itu, aku nekad untuk tidak bekerja di restoran Auntie Salma lagi. Malah, aku juga tidak mahu menerima apa-apa panggilan dari Dzul. Juga, aku tidak akan menceritakan kejadian itu kepada sesiapapun. Biarlah peristiwa itu terpendam di hatiku sahaja.
            ‘Ya ALLAH, ya Tuhanku, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan diriMU. Dan sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W itu PesuruhMu. Dengan kebesaranMu dan dengan berkat PesuruhMu, Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku sebelum ini, dosaku pada hari ini dan dosa-dosaku pada kemudian hari. sesungguhNya, Engkaulah Pengampun Dosa-dosa Besar.’


Isnin, 8 Ogos 2011

BAB 5


Pelanggan yang baru memasuki restoran segera aku dekati. Bimbang sekiranya pelanggan mengadu pada Auntie Salma tentang kelewatan layanan kami. Bukannya apa, reputasi restoran harus dijaga. Selesai pesanan diambil, segera kuhantar ke bahagian memasak. Abang Mastor yang diupah Auntie Salma segera menyiapkan makanan.
Petang ini, pelanggan agak kurang di restoran, maklumlah baru lepas waktu makan tengah hari. Selalunya, hari Jumaat aku akan bekerja dari jam 2 petang hinggalah ke 10 malam. Kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin oleh aku untuk merehatkan badan.
Entah mengapa, jiwa aku sering tidak tenang kebelakangan ini. Setiap masa, ada sahaja debaran yang melanda. Seringkali aku mengeluh, kadang-kadang sering dimarahi Ana dan Auntie Salma, sekiranya mereka terdengar. Entah apalah dugaan Allah kali ini?
“Assalamualaikum,” sapaan itu lembut kedengaran di telinga. Segera aku mengangkat wajah. Seketika, aku terpana melihat wajah di hadapanku. Saat itu, jantungku makin bertambah kencang degupannya.
“Hello. Do you still remember me?” Pandangan mata yang agak tajam itu semakin menambahkan debaran. Masakan aku boleh lupa dia. Baru hari Isnin dia ajak aku keluar makan, sampai ke Titiwangsa.
Segera aku menganggukkan kepala, tanda masih mengingati lelaki yang membuatkan aku hampir setiap hari tidak tidur malam.
“Well, busy ke hari ini?” Suara garau Dzul menerjah cuping telingaku. Wajahnya yang sedang tersenyum itu semakin kacak di pandanganku.
“Taklah,” segera pertanyaan itu dijawab.
“Mmm, if you don’t mind, boleh temankan I makan?”
“Bila?” Laju pertanyaan itu keluar dari mulutku, nampak sangat gelojohnya.
“Sekarang, boleh?”
“Mm..” aku terdiam. Sekarang? “Di sini saja, kan?”
Segera Dzul memandang keliling restoran. Lama dia terfikir. Akhirnya, dia bersetuju untuk makan di situ, kebetulan restoran ini juga menyediakan nasi campur.
“Okay, ada tiga syarat you kena penuhi kalau I makan di sini.” Dzul mengangkat keningnya. Cuba menduga barangkali.
Terkejut aku mendengar kata-kata itu. Apa pula ni? Ada syarat pula tu?
“Apa? Dzul nak Mimiey belanja, kah?”
“Belanja? Okay juga tu, tapi lain kalilah. Er...syarat yang pertama, you kena ambilkan makanan untuk I.” Terukir senyuman di bibir dia.
“Erm, okay. Dzul suka makan apa?” Senyuman dibalas. ‘Ambil makanan untuk dia? Ingat aku ni isteri dia ke?’
“Ala, anything. Asalkan halal. Ikut selera you.” Jawab Dzul, sebelum kakinya melangkah ke meja yang kosong.
Aku segera membuntutinya. Mahu tahu apakah pula syarat-syarat yang lain. Namun, isyarat tangan Dzul segera mengarahkan aku agar memenuhi syarat pertama itu dahulu. Laju kakiku menghala ke arah hidangan nasi campur yang disediakan.
Lama juga aku memilih makanan. Akhirnya, aku ambil kuah kari berserta paha ayam, sayur kangkung masak belacan dan juga daging masak lada hitam. Itu pun, mengikut selera aku. Pada Abang Saupi, kupesan sediakan Teh ‘O’ Limau panas.
“Thank you very much,” ucap Dzul apabila makanan itu kuletakkan di hadapannya. “Now, syarat kedua, you kena duduk di hadapan I, dan temankan I.”
Syarat yang ini memang aku tak dapat penuhi. Bimbang Auntie Salma membebel pula.
“Tak boleh la. Mimiey takut Auntie Salma marah.” Perlahan sahaja suara aku. Bimbang Dzul memarahi aku seperti pada perkenalan pertama kami.
“Don’t worry. Auntie Salma tu merupakan Mak Lang, I. Adik kepada ayah I. Nanti kalau dia marah, I akan beritahu cerita sebenar. Is it okay with you?”
‘La, Mak Lang dia ke? Auntie Salma ni pun bukannya nak beritahu hari tu. Saja nak kenakan akulah tu?’
“Boleh tak? Kalau tidak, I tak nak makan dekat sini.” Dia bersuara lagi.
“Okay, lah.” Kerusi di sebelah Dzul kutarik, namun pantas tangannya menahan. Dia menggeleng-gelengkan kepala, manakala tangannya mengarah ke kerusi yang berhadapan dengannya.
Kuturutkan sahaja kehendak itu. Bimbang kalau-kalau dia naik angin. Tak sanggup aku mendengar leterannya lagi. Dzul segera menikmati makanan sebaik sahaja kududuk.
“Er, Dzul. Apa syarat yang ketiga pula?” Kuajukan soalan apabila Abang Saupi beredar dari situ.
Wait after I finish my meal.”
 Aku hanya duduk, dan melihat dia makan. Tidak ada apa yang dibualkan, aku pun tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Dzul pun tidak bersuara langsung. Mungkin dia terlalu lapar agaknya. Wajah Dzul kurenung, memang kacak lelaki di hadapanku ini. Bertuah sesiapa yang menjadi buah hatinya.
Tanpa aku sedari, Auntie Salma yang baru tiba hanya tersenyum memandang ke arah kami.
“Mmm...sedap. You masak ke?” Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Dzul setelah selesai makan.
“Taklah. Abang Mastor dan Abang Saupi yang masak. Mimiey masuk kerja lepas Jumaat tadi, mana sempat nak tolong masak. Lagipun, Mimiey mana tahu sangat masak.” Ikhlas aku menjawab.
“A’ah. Mimiey tak tahu masak, konon. Dzul, she’s a good chef,” suara Auntie Salma yang nyaring mencelah perbualan kami membuatkan aku sedikit tersentak.
“Eh, auntie. Bila auntie sampai?” Segera aku berdiri, bimbang Auntie Salma fikir yang bukan-bukan.
“It’s okay, Mimiey. Temanlah Dzul tu sampai esok pagi. Kalau Mimiey boleh temankan Dzul sampai akhir hayat, lagi auntie suka.” Ceria suara Auntie Salma.
Ketika itu, aku dapat rasakan, mukaku sudah memerah. Malu apabila Auntie Salma cakap sebegitu. Pantas, kutoleh mukaku ke arah lain. Malu besar kalau Dzul nampak muka aku saat ini.
“Ala, Mak Lang ni. Janganlah cakap macam tu, kita orang berkawanlah. Mimiey, tak payah layan Mak Lang tu.”
“Eleh, kawan pun bukannya tak boleh kahwin.” Selamba ayat itu meluncur dari mulut Auntie Salma.
“Apa-apa sajalah, Mak Lang. Dzul nak pergi dah ni. Ada kerja sikit.” Kakinya menghala ke singki, membasuh tangan.
Dzul segera berlalu. Aku hanya memandang kelibatnya yang semakin menghilang di balik pintu. Selepas itu, terus aku mengambil pinggan Dzul untuk dicuci. Ingin segera melarikan diri dari pandangan Auntie Salma, namun...
“Mimiey, I lupa nak beritahu syarat yang ketiga.”
Ya ALLAH, mamat tu datang balik. Segera aku menoleh ke arahnya.
“Malam ni, tepat pukul 8 malam, I datang ambil you dekat rumah.”
Bulat mataku memandang ke arah Dzul. agak terkejut mendengar syarat yang terakhir. Pukul 8 malam, Auntie Salma bagi ke aku balik awal.
Dan, sebelum dia melangkah keluar dari restoran, Dzul sempat berpesan, “Mak Lang, malam ni Mimiey kena berehat. Boleh tak?”
Auntie Salma tersenyum, lantas menoleh ke arah aku yang sudah terpinga di situ, lalu menjawab, “Apa saja untukmu, wahai anak saudaraku.”
Sepanjang petang itu, penat aku mendengar komen Auntie Salma tentang anak saudaranya. Semuanya baik-baik belaka, malah, dia sempat mendoakan agar ada jodoh di antara kami.

Ahad, 24 Julai 2011

Layan Sepah jap...

Hehe...arini aku layan sepah jap kt opis...bosan doh...novel tu esok insyaALLAH aku upload...dh siap dh sket...saba la ek...


Lawak la derang ni..aku nye adik pun lum tentu aku babab kan....hahaha


Carik2 lagi, jumpa yg ni lak...ngeh3..



Apa2 pun..aku mmg minat sepah...derang bertiga berjaya membuatkan aku gelak xhengat rini kt opis..berjaya membuatkan aku xsiap keje...alamakk, de meeting jplg..keje xsiap g...chow dulu....

Rabu, 20 Julai 2011

Sakitnya Cinta....

Kisah bermula pada pertengahan tahun 2007, di mana seorang wanita yg sedang menuruni tangga ditegur oleh seorang lelaki jantan. Wanita tersebut merupakan seorang pekerja di IPTA yg berkelulusan Sarjana Muda manakala si lelaki jantan merupakan seorang pekerja kedai dobi berkelulusan sijil politeknik.. Setelah berkenalan lebih kurang 10 minit, maka berjayalah si lelaki jantan mendapat nombor telefon si wanita..
Lalu, bermulalah episod di mana si lelaki jantan dan si wanita menjalinkan hubungan yg hanya bertahan 4 tahun sahaja....
Pelbagai kesusahan dilalui bersama si lelaki jantan ini. walaupun bekerja di kedai dobi,tapi wanita ni taat kepada lelaki jantan ni kerna lelaki jantan ni merupakan cinta pertama dia..jantan ini tidak memilik sebarang kenderaan,wanita ni ttp setia diseblahnye..
Ada ketikanya, si wanita ini memasakkan makanan utk si lelaki jantan..sampaikan ada ketikanya, si wanita sanggup berjalan kaki utk ke kedai kerana keretanya digunakan oleh si lelaki jantan..ada ketikanya, si wanita tiada langsung duit utk bershopping kerana si lelaki jantan meminta duit utk belanja..
Namun...semua itu masih mampu membuatkan wanita itu tersenyum dan bahagia..
Wanita ini masih setia walaupun bercurah2 airmata keluar ketika dapat tahu si lelaki jantan ada perempuan lain..wanita ini tetap taat walaupun ada masanya si lelaki jantan minta topupkan kredit utk menelefon buah2 hatinya yg lain..wanita ini masih berdoa supaya lelaki jantan tersebut berubah n setia pd dirinya..
Ya, mmg si lelaki jantan berubah... segala kesusahan yg dilalui wanita tersebut tidak langsung diingati si lelaki jantan.. wanita ni dtg ke tmpt tempat tinggal lelaki jantan ni tuk dpt penjelasan dari lelaki jantan ni setelah ditinggalkan begitu saja tnpa sepatah ayat..
Sekarang, lelaki jantan tersebut sedang berbahagia bersama wanita baru yg dikenali di FB..lelaki jantan ini langsung melupakan sejarahnya bersama wanita tadi..senyap..seolah2 mereka tidak pernah kenal..
Wanita itu meneruskan idup dengan penuh kesabaran..berharap sangat boleh ilang ingatan pasal lelaki jantan tersebut..dia sudah tidak mengharap pada lelaki jantan tersebut, Cuma satu harapannya..si lelaki jantan tersebut, datang menemuinya dan meminta maaf atas segala perlakuannya.. 

Khamis, 23 Jun 2011

BAB 4

Erina yang sedang menunggu di halaman rumahnya, menarik muka masam. Hampir sepuluh minit menunggu, barulah batang hidung buah hatinya kelihatan. Tanpa sebarang senyuman, pintu sebelah penumpang dibuka, dan dia pantas memasuki kereta.
            “Baby, I’m so sorry. Jalan sesak sedikit tadi.” Wajah Erina yang semakin memuncung di pandang.
            Erina tidak langsung membalas kata-kata itu. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang, hanya sekadar cebikan diberikan.
            Melihatkan tiada sebrang reaksi dari Erina, kereta Nissan Skyline GT-R itu terus bergerak, menghala keluar dari Seksyen 9, Shah Alam, laju menuju ke destinasi.
Ikutkan hati lelakinya, malas dia hendak membawa Erina bersama. Lagipun, dia hanya sekadar melepak di Restoran Hakem, bukannya merewang dengan perempuan lain. Tambahan pula, dia tahu, Rita, Billy dan Adam tidak berapa menyukai Erina. Terang-terang mereka membangkang keputusannya apabila dia mahu mengambil Erina menjadi buah hatinya.
Menyesal pula dia membawa Erina ke sini. Kalaulah dia tahu gadis itu hendak merajuk, pastinya dia tidak memberitahu tentang kedatangannya ke Restoran Hakeem. Pasti selepas ini, melayang duitnya memujuk buah hatinya itu. Baru minggu lepas, dia membelikan sebentuk kalung yang terukir nama mereka berdua. Kali ini, entah apa pula yang diminta Erina.
Lain pula pada Erina, seboleh-bolehnya 24 jam dia mahu berkepit dengan buah hatinya itu. Ke mana sahaja lelaki itu pergi, dia akan mengikuti. Tambah-tambah lagi apabila dia mengetahui, lelaki itu akan keluar bersama-sama Rita, pasti segera disuruh buah hati yang dipanggil dengan panggilan bie membawanya sekali. Kalau tidak, alamatnya, merajuklah dia. Tetapi, pastinya sepanjang rajuknya, dia akan mendapat apa sahaja dari lelaki itu.


Setelah memarkirkan kereta, mereka bergerak ke Restoran Hakeem. Kelihatan Adam, Billy dan Rita rancak berbual sementara menanti kedatangannya. Pantas kakinya melangkah ke tempat duduk tersebut, terlupa sebentar pada Erina yang membuntuti langkahnya.
            Rita segera mengangkat tangan. Senyuman terukir mesra apabila terlihat wajah itu, namun bertukar kelat sekelip mata apabila melihat kelibat perempuan gedik di sebelah sahabatnya. Pantas, dia menjuihkan bibir, menyampah dengan senyuman mengada-ngada Erina.
            Melihatkan senyuman kelat, Rita, Erina tersenyum kemenangan. Dia tahu, Rita kecewa apabila ternampak dirinya. Padanya, Rita merupakan saingannya. Tidak terlintas langsung di mindanya untuk berbaik-baik dengan Rita. Pantas, kakinya melangkah menyaingi langkahan buah hatinya. Tangan lelaki itu, diraih lalu dipegang erat menandakan lelaki itu miliknya.


“Wes, Dzul. Dengar cerita kau dating semalam?” Tepukan Adam di bahu Dzul agak kuat, sedikit tersentak Dzul dibuatnya.
            “Eh, iyakah? You tak beritahu I pun.” Kerlingan Erina jelas menampakkan perasaan cemburunya.
            “I told you already, Erina. I nak keluar dengan budak mental yang tahan kereta I tengah jalan tu. Don’t you remember?”  Perlahan sahaja Dzul menuturkan kata-kata itu. Sekilas wajah Adam dijeling. Kot iya pun nak tahu cerita, tunggulah masa Erina tidak bersama.
            “So, how’s the story goes?” Rita mencelah, cerita yang agak menarik pastinya.
            “Hmm... Nampak sangat kekampungannya,” balas Dzul.
            “Really? You tak tergoda, bie?” nada suara Erina sinis kedengaran. Wajah buah hatinya dipandang tajam.
            “Baby, I kan dah ada you. Buat apa I nak tergoda dengan minah kampung tu. Lagipun, kan I dah beritahu, I belanja dia makan malam pun, sebab dia pulangkan dompet I. Itu saja.” Wajah Erina dipandang lembut. Pantas, dicuit hidung yang mancung itu.
            “Come on, Dzul. Just tell us your ‘love story’. Jadi ke you bawa pergi Restoran Nelayan Titiwangsa, semalam?” Billy yang menyampah tengok adegan Dzul dan Erina, segera menyampuk.
            Sakit mata dia melihat rajuk mengada-ngada Erina. ‘Kenapalah engkau pilih perempuan gedik ini, Dzul? Buta agaknya mata engkau.’
            Can you imagine? Dia keluar dengan I, pakai baju kurung. Huh, entah fesyen tahun bila pun I tak tahu.”
            Teringat pada Mimiey, walaupun berbaju kurung, gadis itu masih kelihatan menawan. Hatinya sedikit terusik dengan keayuan Mimiey, namun keegoannya harus dipertahankan. Lagipun, Erina, buah hati kesayangannya mahu dibuang ke mana.
            Terfikir sejenak, bagaimana agaknya Erina kalau berbaju kurung seperti Mimiey.
            “Really? Emm, so, bila pula you nak second date dengan dia?” Rita sengaja mengajukan soalan yang boleh menaikkan marah Erina. Gembira hatinya melihat mata Erina yang sedikit terbeliak mendengar pertanyaan itu.
            “Rita, what is your problem? Dzul hanya setia dengan I. Dia takkan cari orang lain. Kan, bie?” Erina melentokkan kepalanya di bahu Dzul. Jelingan tajam diberi kepada Rita.
            Mendengar ayat Erina, Rita mencebikkan bibir. Lantas menoleh ke arah Billy. Meluat dia dengan Erina. Bukannya elok perangai pun Erina tu, entah apa yang Dzul suka pun dia tak tahu. Setahu Rita, yang Erina pandai, hanyalah menarik muka dan membebel.
            “Sudahlah, kenapalah dengan you all, ni? Cubalah berbaik-baik sikit.” Adam cuba menenangkan situasi. Selebihnya, dia malas melihat wajah masam kelat Erina.
            “Rita tu memang dari dulu benci pada I. I rasalah, she loves you, bie.” Erina meluahkan ketidakpuasan hatinya.
            “Eh, Erina. Aku kenal Dzul sejak dari kecil lagi. Aku pun tak tahulah apa yang ada pada kau sampai dia tergila-gilakan dekat kau.” Mencerun mata Rita, meluahkan rasa hatinya. Panas telinganya mendengar hujah Erina. Kalaulah tiada Dzul, mahu saja mulut Erina ditonyoh dengan cili padi.
            “Baby, stop it, okay. Rita, please.” Lembut Dzul memandang Rita. Dia tahu, Rita tidak pernah suka pada Erina sejak dari mula dia dan Erina berkawan.
            “I think, Dzul, you better jumpa lagi dengan...siapa namanya,” Rita meminta kepastian.
            “Mimiey.”
            “Ha, Mimiey. I rasa  she’s better than her.” Muncung Rita menghala ke Erina.
            “Hei, you memang sengaja cari pasal dengan I, kan.” Wajahnya masam. Pantas, tangannya menarik wajah Dzul untuk memandangnya. Dengan suara manja, perbuatan Rita diadukan, “Bie, tengoklah bestfriend you ni. Entah apa yang dia tak puas hati dengan I, asyik nak cari pasal je.”
            “Stop it. You all ni, asyik-asyik nak bergaduh. Macam berebutkan lelaki aje. Apa untungnya you all bergaduh pasal minah kampung tu?” Billy pula bersuara.
Dzul mengeluh. Sememangnya dia tahu Rita tidak sebulu dengan Erina. Entah apa yang Rita marah sangat pun, dia tak tahu. Cuma, Rita pernah meminta supaya setiap kali mereka melepak bersama-sama, tak perlulah diusungnya sekali Erina.
            “Aku bukannya apa. Dah si Erina kata Dzul setia sangat dengan dia. Kita tengoklah macam mana kalau Dzul tu berkawan dengan Mimiey..”
            Belum sempat Rita menghabiskan ayatnya, Erina menyampuk. “Okay, kalau you rasa, that girl boleh kalahkan I, I setuju.” Kening kiri yang dipantis elok, diangkat menandakan tingginya egonya. Wajahnya ditala ke arah Dzul, dan dengan suara yang manja, dia berkata, “Bie, you keluarlah lagi dengan minah kampung tu. Buat sampai dia sukakan you. Selagi dia tak sukakan you, selagi itulah you kena keluar dengan dia.”
            “Ya ALLAH.” Keluhan yang panjang dilepaskan. “Rita, Erina. I’m not that type of man, okay. Mempermain-mainkan perasaan perempuan. You all yang bergaduh, I dengan Mimiey pula jadi mangsa.”
            Dzul hanya mampu menggeleng. Tidak dia snagka, sampai macam itu sekali mereka sanggup buat. Wajahnya yang kelihatan ceria, serta-merta bertukar keruh.
            “Listen, here. I have something in my mind.” Adam memetik jarinya. “Apa kata, kita bertaruh. Selagi Mimiey tak sukakan you, selagi itulah you kena keluar dengan dia.”
            “Hei,...” menjerit Dzul mendengar cadangan tersebut. Belum sempat dia membangkang, terdengar sekali lagi idea bodoh kawan-kawannya.
            “I agree. Kalau you dapat buatkan Mimiey suka pada you, setiap seorang kena keluarkan RM 2,000 tanda kemenangan you.” Billy memberi idea.
            “Yes, I agree. But, you must make sure that you won’t fall in love with her. Promise!” Erina mengenyitkan mata pada Dzul, sebelum memandang Rita yang agak terpinga dengan idea gila kawan-kawannya.
            “Astaghfirullah...you all ni dah gila ke? Tak naklah aku buat kerja-kerja macam tu. Lagipun, aku keluar dengan Mimiey semalam sebagai tanda minta maaf, bukannya aku nak mempermainkan dia,” jelas Dzul tidak bersetuju dengan cadangan Adam.
            “A’ah. Betul tu. Tak baiklah buat macam tu.” Rita pula memberikan pendapatnya. Ternyata, Rita juga tidak bersetuju dengan pendapat gila mereka.
            “Hei, perempuan. You sendiri yang suruh Dzul keluar dengan minah kampung tu, kan.” Erina menjeling, sebelum tangannya mengelus jari-jari buah hatinya. Lalu berkata, “Ala, bie. Bukannya we all suruh you bercinta dengan minah tu, pun. Just buatkan dia tergila-gilakan you. Lepas tu, kita tengoklah sama ada minah tu better than me or not. I pun sanggup bertaruh. Kalau you dapat buat si minah kampung tu jatuh hati dengan you, I sanggup keluarkan RM 2000. Bolehkan, bie?”
            Dzul mengeluh. Entah apalah yang kawan-kawan dia fikir, kalau nak mengarut pun janganlah sampai nak main-mainkan perasaan orang.
            “Ala, it’s so easy. Kalau you berjaya, RM 8000 dah sememangnya milik you. Siapa nak bagi, Dzul? Aku yakin, minah kampung tu mesti boleh cair dengan you.” Kening Billy diangkat ala-ala Ziana Zain.
            “Eh, excuse me. Aku tak kata aku termasuk dalam idea mengarut ni.” Nyata sekali Rita sememangnya tidak bersetuju dengan semua perbincangan mereka.
            “Hey, bermula dengan you lah, semua idea mengarut ini tercetus. So, automatically, nama you termasuk sekali. Jangan nak buat seolah-olah you tak terlibat, okay.” Adam seolah-olah memberi ugutan kepada Rita.
            “Malaslah aku nak layan korang. Aku balik dululah.” Rita terus menolak kerusi, tanda mahu beredar dari situ.
            “Ala, rilekslah dulu, Rita. Bukannya you ada boyfriend pun, nak balik awal.” Erina sengaja mahu menyakitkan hati Rita.
            Rita yang sememangnya menyampah dengan Erina, terus melangkah keluar. Rasa bersalah terhadap Mimiey menghantui dirinya. Memanglah dia tidak mengenali Mimiey, tetapi takkanlah nak mempermainkan perasaan gadis itu.
            Tambahan pula, niatnya ikhlas, mahu Dzul mempunyai ramai kenalan wanita.  Dia tahu, Dzul tidak mempunyai ramai kawan. Dapatlah dia membuat pilihan. Bukanlah wanita seperti Erina, yang sememangnya pilihan tidak tepat langsung.
Betul kata-kata Adam. Kalaulah dia tak menyuruh Dzul berjumpa dengan Mimiey lagi, mesti semua idea ni tak tercetus. Tapi, niat dia ikhlas, mahu Dzul mengenali gadis itu, sebab dia dapat rasa bahawa Mimiey lebih baik dari Erina.

Rabu, 22 Jun 2011

Parasit Hati..

Off novel jap..aku nk bercerita pasal diri aku yg mudah terpedaya n tertipu dengan sorang jantan ni..

hari ni, genap 4tahun aku berkenalan dengan hamba Allah tu..mmg aku xsangka dia akan buat aku camni..sampai hati dia..sepenuh hati aku menyayangi dia..rupa2nya, dia ada insan lain..bila aku dpt aku, aku minta putus, macam2 dia ugut aku..dia nk bunuh diri, aku pe lagi, cuak la beb..berbaik la balik..sampailah bulan mei ritu..

dia balik klantan..aku xtau kenapa, setiap mlm aku mngingati dia..sue, kwn aku cakp, aku sunyi sbb tu aku ingat dia..aku pun xpasti kenapa aku jd cmtu..kalau korang nk tau, aku boleh listkan setiap kelemahan dia..kira macam dia ni friends for benefit la.. ada kepentingan je cari aku..

so, setiap mlm slama seminggu aku menangis mengingati dia..setiap kali menangis setiap kali itulah, aku berdoa pada Allah.. sekiranya dia bukan jodohku, buang segala perasaan aku terhadapnya.. perasaan cinta, sayang, rindu @ benci..tarikla semua perasaan tu..

Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hatiku.. walaupun Dia tidak terus tarik perasaan aku, tapi Dia temukan aku dengan seseorang yg mampu membuat aku kembali tersenyum..Mama, insan yg sanggup membantu aku menenangkan serta memulihkan kembali semangatku.. Alhamdulillah, sekarang aku sendiri sudah tidak memikirkan pasal lelaki tu..

aku tenang sekarang..cuma, sekali sekala aku ada jugak terpikirkan dirinya..yelah, 4 tahun berkawan xkan senang2 nk lupa..tp, bila teringatkan dia, hati aku jd panas je..adakah ini bermakna, Allah xtarik sepenuhnya perasaan aku? perasaan benci masih ada je dlm hati aku..haha..watevela, bak kata nabil..

untuk insan itu, cubalah lepaskan aku, kerana aku sudah lama melepaskan dirimu dari hatiku..sudah2lah, xperlu dtg ke rumahku lg..

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi
Kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan....

Isnin, 30 Mei 2011

Bab 3

Seperti yang Dzul janjikan, tepat jam 8 malam, dia tiba di hadapan pintu pagar rumahku. Kali ini, dia hanya memandu kereta kelisa berwarna maroon sahaja. Dia yang berkemeja kuning cair dengan lengan tangannya yang dilipat, membuatkan Dzul kelihatan begitu kacak sekali. Terpesona aku memandang wajahnya.
            Ana yang mengintai di sebalik daun pintu sempat mengusikku. Dia yang sudah tahu cerita perkenalan kami menunjukkan ibu jarinya menandakan Dzul memang kacak. Aku hanya melepaskan keluhan, sebenarnya aku agak gugup untuk keluar dengannya.
            “You look so beautiful tonight,” Dzul memulakan bicara antara kami.
            Segera pandanganku terarah kepadanya. ‘Aku yang hanya memakai baju kurung berwarna biru muda dikatakan lawa. Dia ni memuji ke perli?’
            “Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Selebihnya, aku mendiamkan diri. Bukannya apa, jantung aku ni sejak dari semalam tak berhenti berdegup kencang. Takut juga, kalau-kalau aku mengeluarkan kata-kata yang kurang enak, nanti dikatakannya aku tidak berbudi bahasa.
            “Mimiey, are you okay? You macam tak suka je keluar dengan I?” Dzul akhirnya memecahkan kesunyian antara kami setelah hampir 15 minit tidak berbual.
            “Tak, saya tak tahu nak berbual tentang apa.” Aku cuba membuang gugup di hati.
            “It’s okay. Anything you can discuss with me. About your life, maybe.” Dia cuba memancing aku untuk berbual.
            “Mm.. Apa ye nak cerita?” Aku tersipu di situ, sebelum aku menyambung kembali, “Nama saya Mimie Asmidar. Kawan-kawan saya panggil saya...”
            Belum sempat aku menghabiskan ayat itu, ketawa Dzul memenuhi ruang keretanya. Aku terpinga memandangnya. Aku buat lawak ke?
            “Ops, sorry.” Walaupun ketawa Dzul sudah berhenti, namun terukir nipis senyuman di bibirnya.
            “Mimiey, you memang kelakar,kan.” Wajahnya segera memandang aku. Senyuman itu dihadiahkan kepadaku.
            Aku hanya menundukkan kepala. Akhirnya, perbualan kami hanya berkisar kepada pelajaran sahaja. Lagipun, belum tiba masanya aku bercerita tentang diriku kepadanya.


Akhirnya, jam 9 malam kami tiba di Restoran Nelayan Titiwangsa. Tempat yang eksklusif itu membuatkan aku rasa malu. Manakan tidak, pelanggan-pelanggan yang memenuhi restoran tersebut semuanya berpakaian korporat. Lagilah aku bertambah gugup.
            “Well, here, available only Chinese Seafood A La Carte for dinner. You boleh makan masakan China, tak?”
Menu yang dipegang dipandang sekilas. Aku sebenarnya tidaklah menggemari masakan China, tetapi demi Dzul yang beriya mahu belanja makan malam, aku hanya menganggukkan kepala.
“Okay.” Senyuman Dzul melebar. “Let’s look what we have here. Hmm, apa yang you suka?”
“Saya tak kisah. Dzul pilih sendirilah makanan. Saya ikut saja.”
“Are you sure? Tak kisah kalau I order apa-apa?” tanya Dzul tanda meminta pendapat.
Aku hanya menganggukkan kepala. Sekilas kutoleh ke arah pelayan yang setia menanti. Dia tersenyum memandang kami, sinis kelihatan di mataku. Agaknya dia perasan aku ni jenis kekampungan. Kuhulurkan senyuman ke arahnya, sebelum kembali menundukkan kepala.
Sementara menanti hidangan disediakan, Dzul bercerita tentang keluarganya. Menurut katanya, hanya dia yang menetap di Malaysia, manakala ibubapanya berada di Dubai. Bapanya mempunyai sebuah syarikat arkitek yang beroperasi sepenuhnya di sana. Sekali-sekala, keluarganya akan pulang ke Malaysia untuk menjenguk dia dan sanak-saudara.
“You know, I rapat dengan nenek sebelah father I. Setiap kali I balik kampung, dialah yang I cari dulu. Lagipun, dia yang jaga I selama I berada di Malaysia.”
Dia termenung, mengenang neneknya barangkali. Kesempatan itu aku ambil untuk merenung wajahnya. Tiada sebarang kecacatan di wajah kacak itu, alis matanya yang begitu lentik, keningnya yang tebal, memang ciri-ciri lelaki idaman kalbu. Bahagian itu sahaja boleh membuatkan jiwa remaja perempuan bergetar.
“What are you looking at?” Pertanyaan itu menyentakkan tangkai hatiku
‘Ya ALLAH, dia perasan. Malunya.’ Terasa mukaku panas sekali.
“Muka you macam udang kena bakar, cepat je merah. Hari tu lagi I dah perasan.”
Ucapan itu benar-benar mebuatkan aku terasa malu. Aku hanya menundukkan wajah.
‘Kenapalah aku bongok sangat, yang dok gatal meneliti wajah dia, buat apa. Kan dah malu sendiri.’ Rasa macam nak ketuk-ketuk aja kepala.
“Mimiey.” Lembut suara itu memanggil namaku. Segera wajah kuangkat, menatap wajah Dzul sekali lagi.
“You asal dari mana? I mean, orang mana?”
“Kedah.”
“Really?” Kening kirinya terangkat, benar-benar menandakan kejutan dalam dirinya.
“Ya, kenapa?”
“Same with me. I pun orang Kedah juga. Alor Setar, about 15 likometers from Pekan Rabu.” Kelihatan Dzul agak seronok membicarakan tentang itu. “You?”
“Baling.” Perlahan jawapan dilontarkan. Malu sekali lagi menguasai diri.
“Ooo, I selalu ke Sungai Petani. Jauh tak dari rumah you?”
“Lebih kurang 45 minit kalau menaiki motor. Hmm, kalau bas, sejam boleh sampai kalau tak dicampur masa menunggu bas.”
Sekali lagi jawapan aku mengundang tawanya. Pelik, aku ni kelakar sangat ke?
Perbualan kami terganggu dengan penghantaran makanan yang dipesan. Melihatkan kepada Tomyam Soup, kecur air liurku.
“Makanlah, Mimiey. Janganlah malu-malu,” pelawa Dzul. Lantas dia menghulurkan senyuman, menambahkan lagi kekacakan wajahnya.
Belum pun sempat aku mengambil makanan tersebut, Dzul terlebih dahulu mencedokkan Tomyam Soup ke pingganku. Terkejut dengan tindakan itu, segera aku menahan.
“Tidak megapa, Dzul. Saya boleh ambil sendiri.”
‘It’s okay, nevermind. Emm, which want you want, Squid Fritters or Butter Prown?”
“Tak kisah,” perlahan suaraku, menyembunyikan kegugupan jantung. Maklumlah, pertama kali dilayan sedemikian, terasa seolah-olah bagaikan seorang puteri lagaknya.
Tomyam Soup yang disediakan memang menyelerakan. Ditambah pula dengan Butter Prown and Squid Fritters menambahkan selera aku. Cuma aku tidak berapa menyukai Steemed Fish yang dimasak ala-ala ‘Nyonya’. Padaku agak hanyir sedikit rasanya. Selepas menikmati makanan tersebut, kami dihidangkan pula dengan Mixed Fruit sebagai pencuci mulut.
‘Alahai, berapalah agaknya harga semua makanan tersebut? Dzul, kenapalah awak sanggup keluarkan duit yang banyak semata-mata untuk belanja tanda meminta maaf?’
Perjalanan pulang, Dzul meminta aku bercerita mengenai diriku. Pada mulanya aku agak keberatan, maklum sajalah, keluargaku tidaklah sehebat keluarganya yang mempunyai perniagaan sendiri. Namun, tidak sampai hati pula untuk menolak permintaan dia.
Akhirnya, kisah bapaku yang merupakan seorang pesara tentera, ibuku yang hanya menjadi surirumah sepenuh masa, hanya menoreh getah untuk membantu ayah dan adik-adikku menjadi topik perbualan kami.
“Mimiey, seronokkah mempunyai adik-beradik yang ramai?” itulah persoalan yang timbul apabila mengetahui aku mempunyai 8 orang adik-beradik.
“Hampir pecah juga rumah kami.” Jawapan yang sememangnya tidak menjawab pertanyaan yang diberikan, mengundang ketawa Dzul.
“Mesti seronok, kan.” Saat dia menuturkan ayat itu, tawanya masih berbisa. Jelas, Dzul merupakan seorang yang suka ketawa.
“You know, I don’t have brother or sister. I anak tunggal. Yang paling rapat dengan I, hanyalah Opah. My parent is very busy doing their own business.”
Suasana agak hening ketika itu. Sayu sekali suara Dzul, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memujuk hatinya. Kubiarkan sahaja dia.
“Can you imagine, how dull my life is?”
Pandangan sayu itu terarah ke wajahku. Jelas kelihatan dia cuba menahan rasa sedih. Apabila pandangan ditala kembali ke jalan raya, aku melakukan satu tindakan drastik. Bahunya kusentuh, lalu diusap lembut. Lagak memujuk seorang adik. Aku tidak mengerti mengapa aku boleh berkelakuan sebegitu, tetapi perasaan aku aneh sekali.
Bagi Dzul, sudah lama dia menginginkan suasana begitu. Sudah lama dia ingin dimanja sebegitu, dipujuk sebegitu. Perasaan itu sudah lama ingin dimiliknya, namun dia tidak berdaya. Tetapi, malam Isnin itu, perasaan itu wujud kembali. Dan, pastinya dia senang diperlakukan sedemikian.