Isnin, 30 Mei 2011

Bab 3

Seperti yang Dzul janjikan, tepat jam 8 malam, dia tiba di hadapan pintu pagar rumahku. Kali ini, dia hanya memandu kereta kelisa berwarna maroon sahaja. Dia yang berkemeja kuning cair dengan lengan tangannya yang dilipat, membuatkan Dzul kelihatan begitu kacak sekali. Terpesona aku memandang wajahnya.
            Ana yang mengintai di sebalik daun pintu sempat mengusikku. Dia yang sudah tahu cerita perkenalan kami menunjukkan ibu jarinya menandakan Dzul memang kacak. Aku hanya melepaskan keluhan, sebenarnya aku agak gugup untuk keluar dengannya.
            “You look so beautiful tonight,” Dzul memulakan bicara antara kami.
            Segera pandanganku terarah kepadanya. ‘Aku yang hanya memakai baju kurung berwarna biru muda dikatakan lawa. Dia ni memuji ke perli?’
            “Terima kasih.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Selebihnya, aku mendiamkan diri. Bukannya apa, jantung aku ni sejak dari semalam tak berhenti berdegup kencang. Takut juga, kalau-kalau aku mengeluarkan kata-kata yang kurang enak, nanti dikatakannya aku tidak berbudi bahasa.
            “Mimiey, are you okay? You macam tak suka je keluar dengan I?” Dzul akhirnya memecahkan kesunyian antara kami setelah hampir 15 minit tidak berbual.
            “Tak, saya tak tahu nak berbual tentang apa.” Aku cuba membuang gugup di hati.
            “It’s okay. Anything you can discuss with me. About your life, maybe.” Dia cuba memancing aku untuk berbual.
            “Mm.. Apa ye nak cerita?” Aku tersipu di situ, sebelum aku menyambung kembali, “Nama saya Mimie Asmidar. Kawan-kawan saya panggil saya...”
            Belum sempat aku menghabiskan ayat itu, ketawa Dzul memenuhi ruang keretanya. Aku terpinga memandangnya. Aku buat lawak ke?
            “Ops, sorry.” Walaupun ketawa Dzul sudah berhenti, namun terukir nipis senyuman di bibirnya.
            “Mimiey, you memang kelakar,kan.” Wajahnya segera memandang aku. Senyuman itu dihadiahkan kepadaku.
            Aku hanya menundukkan kepala. Akhirnya, perbualan kami hanya berkisar kepada pelajaran sahaja. Lagipun, belum tiba masanya aku bercerita tentang diriku kepadanya.


Akhirnya, jam 9 malam kami tiba di Restoran Nelayan Titiwangsa. Tempat yang eksklusif itu membuatkan aku rasa malu. Manakan tidak, pelanggan-pelanggan yang memenuhi restoran tersebut semuanya berpakaian korporat. Lagilah aku bertambah gugup.
            “Well, here, available only Chinese Seafood A La Carte for dinner. You boleh makan masakan China, tak?”
Menu yang dipegang dipandang sekilas. Aku sebenarnya tidaklah menggemari masakan China, tetapi demi Dzul yang beriya mahu belanja makan malam, aku hanya menganggukkan kepala.
“Okay.” Senyuman Dzul melebar. “Let’s look what we have here. Hmm, apa yang you suka?”
“Saya tak kisah. Dzul pilih sendirilah makanan. Saya ikut saja.”
“Are you sure? Tak kisah kalau I order apa-apa?” tanya Dzul tanda meminta pendapat.
Aku hanya menganggukkan kepala. Sekilas kutoleh ke arah pelayan yang setia menanti. Dia tersenyum memandang kami, sinis kelihatan di mataku. Agaknya dia perasan aku ni jenis kekampungan. Kuhulurkan senyuman ke arahnya, sebelum kembali menundukkan kepala.
Sementara menanti hidangan disediakan, Dzul bercerita tentang keluarganya. Menurut katanya, hanya dia yang menetap di Malaysia, manakala ibubapanya berada di Dubai. Bapanya mempunyai sebuah syarikat arkitek yang beroperasi sepenuhnya di sana. Sekali-sekala, keluarganya akan pulang ke Malaysia untuk menjenguk dia dan sanak-saudara.
“You know, I rapat dengan nenek sebelah father I. Setiap kali I balik kampung, dialah yang I cari dulu. Lagipun, dia yang jaga I selama I berada di Malaysia.”
Dia termenung, mengenang neneknya barangkali. Kesempatan itu aku ambil untuk merenung wajahnya. Tiada sebarang kecacatan di wajah kacak itu, alis matanya yang begitu lentik, keningnya yang tebal, memang ciri-ciri lelaki idaman kalbu. Bahagian itu sahaja boleh membuatkan jiwa remaja perempuan bergetar.
“What are you looking at?” Pertanyaan itu menyentakkan tangkai hatiku
‘Ya ALLAH, dia perasan. Malunya.’ Terasa mukaku panas sekali.
“Muka you macam udang kena bakar, cepat je merah. Hari tu lagi I dah perasan.”
Ucapan itu benar-benar mebuatkan aku terasa malu. Aku hanya menundukkan wajah.
‘Kenapalah aku bongok sangat, yang dok gatal meneliti wajah dia, buat apa. Kan dah malu sendiri.’ Rasa macam nak ketuk-ketuk aja kepala.
“Mimiey.” Lembut suara itu memanggil namaku. Segera wajah kuangkat, menatap wajah Dzul sekali lagi.
“You asal dari mana? I mean, orang mana?”
“Kedah.”
“Really?” Kening kirinya terangkat, benar-benar menandakan kejutan dalam dirinya.
“Ya, kenapa?”
“Same with me. I pun orang Kedah juga. Alor Setar, about 15 likometers from Pekan Rabu.” Kelihatan Dzul agak seronok membicarakan tentang itu. “You?”
“Baling.” Perlahan jawapan dilontarkan. Malu sekali lagi menguasai diri.
“Ooo, I selalu ke Sungai Petani. Jauh tak dari rumah you?”
“Lebih kurang 45 minit kalau menaiki motor. Hmm, kalau bas, sejam boleh sampai kalau tak dicampur masa menunggu bas.”
Sekali lagi jawapan aku mengundang tawanya. Pelik, aku ni kelakar sangat ke?
Perbualan kami terganggu dengan penghantaran makanan yang dipesan. Melihatkan kepada Tomyam Soup, kecur air liurku.
“Makanlah, Mimiey. Janganlah malu-malu,” pelawa Dzul. Lantas dia menghulurkan senyuman, menambahkan lagi kekacakan wajahnya.
Belum pun sempat aku mengambil makanan tersebut, Dzul terlebih dahulu mencedokkan Tomyam Soup ke pingganku. Terkejut dengan tindakan itu, segera aku menahan.
“Tidak megapa, Dzul. Saya boleh ambil sendiri.”
‘It’s okay, nevermind. Emm, which want you want, Squid Fritters or Butter Prown?”
“Tak kisah,” perlahan suaraku, menyembunyikan kegugupan jantung. Maklumlah, pertama kali dilayan sedemikian, terasa seolah-olah bagaikan seorang puteri lagaknya.
Tomyam Soup yang disediakan memang menyelerakan. Ditambah pula dengan Butter Prown and Squid Fritters menambahkan selera aku. Cuma aku tidak berapa menyukai Steemed Fish yang dimasak ala-ala ‘Nyonya’. Padaku agak hanyir sedikit rasanya. Selepas menikmati makanan tersebut, kami dihidangkan pula dengan Mixed Fruit sebagai pencuci mulut.
‘Alahai, berapalah agaknya harga semua makanan tersebut? Dzul, kenapalah awak sanggup keluarkan duit yang banyak semata-mata untuk belanja tanda meminta maaf?’
Perjalanan pulang, Dzul meminta aku bercerita mengenai diriku. Pada mulanya aku agak keberatan, maklum sajalah, keluargaku tidaklah sehebat keluarganya yang mempunyai perniagaan sendiri. Namun, tidak sampai hati pula untuk menolak permintaan dia.
Akhirnya, kisah bapaku yang merupakan seorang pesara tentera, ibuku yang hanya menjadi surirumah sepenuh masa, hanya menoreh getah untuk membantu ayah dan adik-adikku menjadi topik perbualan kami.
“Mimiey, seronokkah mempunyai adik-beradik yang ramai?” itulah persoalan yang timbul apabila mengetahui aku mempunyai 8 orang adik-beradik.
“Hampir pecah juga rumah kami.” Jawapan yang sememangnya tidak menjawab pertanyaan yang diberikan, mengundang ketawa Dzul.
“Mesti seronok, kan.” Saat dia menuturkan ayat itu, tawanya masih berbisa. Jelas, Dzul merupakan seorang yang suka ketawa.
“You know, I don’t have brother or sister. I anak tunggal. Yang paling rapat dengan I, hanyalah Opah. My parent is very busy doing their own business.”
Suasana agak hening ketika itu. Sayu sekali suara Dzul, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk memujuk hatinya. Kubiarkan sahaja dia.
“Can you imagine, how dull my life is?”
Pandangan sayu itu terarah ke wajahku. Jelas kelihatan dia cuba menahan rasa sedih. Apabila pandangan ditala kembali ke jalan raya, aku melakukan satu tindakan drastik. Bahunya kusentuh, lalu diusap lembut. Lagak memujuk seorang adik. Aku tidak mengerti mengapa aku boleh berkelakuan sebegitu, tetapi perasaan aku aneh sekali.
Bagi Dzul, sudah lama dia menginginkan suasana begitu. Sudah lama dia ingin dimanja sebegitu, dipujuk sebegitu. Perasaan itu sudah lama ingin dimiliknya, namun dia tidak berdaya. Tetapi, malam Isnin itu, perasaan itu wujud kembali. Dan, pastinya dia senang diperlakukan sedemikian.

Tiada ulasan: